Daftar Masuk
       English

Tatacara Pembelian Data Hidrologi

Pembekalan Data Hidrologi


Permohonan data hidrologi boleh dihantarkan kepada :

Pengarah
Bahagian Pengurusan Sumber Air dan Hidrologi
Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia
Aras 1, Blok A, Persiaran Rimba Permai, Cyber 8, 63000 Cyberjaya, Selangor
(u.p: Unit Pengurusan Data Hidrologi)
E-mail : upm@water.gov.my


Pengguna perlu mengisi borang permohonan iaitu Borang yang telah lengkap diisi boleh difaks ke alamat atau melalui emel seperti dia atas. Borang DI.1 atau Borang (DI.2 ) dalam format MS Word untuk dicetak. Selepas mengisi borang, pengguna boleh faxnya ke alamat diatas atau menghantarnya melalui email.


Setelah data dibekalkan, pengguna perlulah mematuhi syarat-syarat sepertimana yang tertera dalam borang permohonan bagi agensi kerajaan, penyelidikan akademik atau permohonan projek swasta.


Pengguna hendaklah mengemukakan Borang Maklumbalas Pelanggan (dalam Format MS Word) melalui Faks/email/ serahan tangan selepas memperolehi data yang lengkap dalam 7 hari.


Adakah data-data ini dikenakan bayaran?

Secara umum, Jabatan ini boleh mengenakan yuran kepada pengguna untuk membekalkan data kecuali pembekalandata untuk projek kerajaan dan juga pembekalan data bagi tujuan penyelidikan dan akademik. Bagi kegunaan projek swasta sedikit caj dikenakan merujuk kepada (Fees Order 1966) seperti dalam jadual di bawah. Pengguna dinasihatkan membawa media storan seperti CDR, thumb drive atau apa-apa media storan untuk membuat salinan data yang berkapasiti besar.


eBayar Untuk Data Hidrologi Untuk Pemegang Akaun CIMB Sahaja
Tatacara melalui perbankan Internet
1. Dafter masuk CIMB Click akaun peribadi
2. Klik pada Pay Bills pada menu sebelah kiri
3. Pilih Jabatan Pengairan & Saliran Malaysia bagi PAY IN LIST
4. Masukkan :
* Nama
* No Syarikat / IC NO * Jumlah (RM)
5. Klik CONFIRM untuk menghantar permohonan anda
6. Klik PRINT untuk mencetak resit
7. Resit diperlukan untuk bukti pembayaran


Jadual Yuran Dalam RM

Jenis Data Untuk 3 bulan dan ke bawah 3 bulan ke 1 tahun atau diantaranya Untuk sebarang tambahan tahun sehingga 10 tahun atau di antaranya Untuk sebarang tambahan tahun melebihi 10 tahun atau di antaranya
Hujan 50.00 100.00 50.00 tahunan atau di antaranya 25.00 tahunan atau di antaranya
Paras Air 155.00 310.00 155.00 72.50
Data Discharge (Stage-Discharge Curve of Derived Maps) 35.00 70.00 35.00 17.50
Data Discharge (Discharge Readings) 165.00 330.00 165.00 82.50
Sejatan 35.00 70.00 35.00 17.50